Posts

Nota Politik 19.2.22 (1): Rafizi Mahu Kembali Dalam Politik.

Ura-ura Rafizi mahu kembali aktif dalam kepimpinan PKR. SetengaH pihak menganggap Rafizi sebagai calon Presiden PKR dan calon PM Tepi mengantikan DS Anwar Ibrahim.   Masalah tentang diri Rafizi (sebagaimana Dato Husam Musa juga) ialah menganggap beliaulah yang paling pandai dan berstrategi, orang otai parti, lagak hero penyelamat(ala Imam Mahdi)  kuat menyindir dan gemar menjadikan suatu pihak sebagai kambing hitam/puak untuk dimusuhi. Cuma Dato Husam lebih beradab daripada Rafizi. Rafizi juga seorang bercita-cita tinggi dalam politik sebagaimana DSAI dan KJ.   Kedua, Rafizi sebagaimana Khairy Jamaludin agak pesimistik terhadap elemen Islam dan  jemaah Islam terutamanya PAS. Ketiga, Rafizi kelihatan keras-tegas dan bertentangan dengan pandangan para pemuka DAP dan Amanah dalam banyak perkara. Keempat, Rafizi dilihat ‘pengkhianat kecil’ kerana merajuk dan mengundur diri daripada parti. II Pembantu DS Anwar Ibrahim, Farhah dikatakan akan bertanding mencabar Amirudin Saari (MB Selangor) b